Pertunangan dan tipu daya syaitan..

•December 30, 2009 • Leave a Comment

Pertunangan adalah selangkah sebelum menujunya pernikahan..Kita kadang2 hanya faham ungkapan bertunang hanya semata mengikut adat,betulke?tetapi hakikatny ada tujuan yang ingin dicapai.Iaitu salah satunya proses mengenali dan memahami bakal pasangannya dan latar belakangny sblm dikahwini.Selain itu ia juga bertujuan sebagai persediaan sblm melangkah ke alam pernikahan.

Takrifan Ulama dari mazhab Shafie (Umairah): Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya. Dari takrifan Ulama dari mazhab Maliki (Hatab) pula: Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan.

Tapi disebalik ungkapan pertunangn, Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? benarkah bila bertunang banyak dugaan?.. Rasanya ya..tapi kenapa? Itu suma muslihat dan tipu daya syaitan..secara saintifiknya memang tidak masuk akal orang yg bertunang ni byk ujian,tetapi secara fitrahnya memang benar!sbb nye,disitu lah lubang2 utk syaitan menyesat dan merosakkan niat baik sebuah ikatan pertunangan itu. Dan mengapa pula syaitan nak rosakkan?
Sebab supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah (jauh dari niat sebenar asal pertunangan). Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus. Ayat dibawah merungkaikan janji Iblis kepada Allah utk menyesatkan umat manusia:
Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan)

menjadikan daku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat

menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus (Shirat al-Mustaqim).

Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka,

dari kanan mereka serta dari kiri mereka;

dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”

[al-A’raaf 7:16-17]


‘Tipu daya syaitan amat halus sekali. Kadangkala melalusi perasaan,emosi, keinginan,tanggapan dan sebagainy.nauzubillah..mg dihindarkan.. Ayat ini,kita blh tgk bagaimana carany syaitan menggoda dan menyesatkan manusia. Dari mana arah sekalipun (macamana cara sekalipun) mereka sentiasa akan berusaha..apa yang kita mampu lakukan,cubalah sentiasa berdoa dan berusahalah menjga hubungan kita denganNya..’
Ketika bertunang ni, byk pula peluang2 syaitan utk merosakkan kita.kdg2 kita tertanya2 mengapa aku jadi begini dan begitu.’Semuanya gara-gara bisikan syaitan yg tidak henti2′.Dalam keadan sedar atau tidak sedar kita akan melalui keadaan sedemikian. Melalui pengamatan umum , kemungkina antara dugaan yang akan berlaku ketika bertunang.

  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sikit2 terasa hati sehinggakan blh mengundang pergaduhan terjadi.
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.susah tu..
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala..sekecil2 benda pun blh merumitkan..
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbulla,tiba2 malas la fikir pasal kahwin, byk sgt bendanya.
  6. Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Harapnya kepada bakal2 tunang di luar sana bersedialah utk menghadapi ujian tika mana ia datang. Tapi bukan itu saja,  bersedialah juga dari aspek segalanya, fizikal dan juga mental. Nak menikah ni bukan suka2,bukan tangkap muat, bukan bersahaja, tetapi perlulah bersandarkan kepadaniat dan objektif yg diredhai..Yang paling penting,jgn lupa,bersedialah dari aspek  rohani,kerana ia yang akan menjadi perbandingan keutuhan sebuah institusi rumahtangga itu nanti…   wallahualam.. (edited by umarmujahid)

Pilihanraya Kampus – Asas Kepimpinan…

•October 18, 2008 • 2 Comments

Islam telah meletakkan persoalan kepimpinan sebagai satu persoalan pokok dalam ajarannya. Kepimpinan yang berwibawa menjadi faktor utama ke arah maju mundurnya rakyat atau orang di bawah kepimpinannya dan negara atau sesuatu kawasan yang di bawah kepimpinannya. Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk melahirkan kepimpinan yang diredhai Allah, yang mampu menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.

Sejarah Islam telah membuktikan kepentingan ini selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., di mana para sahabat telah memberi penekanan dan keutamaan dalam melantik pengganti baginda memimpin umat Islam. Umat Islam tidak seharusnya dibiarkan tanpa pemimpin. Saidina Umar r.a. pernah berkata,

“Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa taat”

Continue reading ‘Pilihanraya Kampus – Asas Kepimpinan…’

Lailatul Qadr.

•September 26, 2008 • Leave a Comment

Lailatul Qadar

Di Dalam Bulan Ramadhan
Ada Satu Malam
Nilainya Menyamai
Dengan Seribu Bulan

Itulah Dia Malam Al-Qadar
Hadiah Pada HambaNya Yang Bertaqwa

Di Dalam Bulan Ramadhan
Ada Satu Malam
Nilainya Menyamai
Dengan Seribu Bulan

Singkaplah Tabir
Di Sepuluh Malam Terakhir

Berlumba Kita Mencari KeredhaanNya
Hidupkan Malam Beribadah Dan Iktikaf
Berdoa, Bertasbih Dan Memohon Keampunan

Malam Apakah Ini?
Kiraannya 83 Tahun
Melangkaui Kadar Lazim Biasa Umum
Usia Umat Nabi Pilihan
Beruntunglah Bagi Hamba

Di Dalam Bulan Ramadhan

Ada Satu Malam
Barangsiapa Yang Menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan Diampunkan Dosa-Dosanya Yang Silam

Ya Allah
Yang Memberi
Kemaafan
Maafkanlah Kami
Semua Hamba-HambaMu

Album : Maafkan
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Amal Makruf Nahi Munkar : Wajib keatas setiap individu Muslim.

•September 15, 2008 • Leave a Comment

“Aku bukannya baik pun nak tegur orang”, “Ala, biarkanlah dia, itu dia punye pasal la, buat ape kita nak menyibuk”….

Bila nak mengajak member kita untuk menegur rakan-rakan lain yang berkelakuan tak sopan atau mengajak utk melakukan kebaikan, kebiasaanye itula response yang kita dapat. Lagi teruk bila mereka ni hanya mengendahkan dengan berkata “kubur dia, kubur dia la, kita kan kubur lain, hehe..” di sambut pula dengan gelak ketawa. Panas juga bila member sendiri jawab camtu. Bersabar je…

Continue reading ‘Amal Makruf Nahi Munkar : Wajib keatas setiap individu Muslim.’

Kesilapan kita di bulan Ramadhan?

•September 13, 2008 • Leave a Comment

Setelah 13 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan ini, 10 fasa pertama, alhamdulillah, telah selesai. Boleh la kita buat simple post mortem dalam ibadah puasa kita, adakah ia sudah memadai kriteria2 yang Islam kehendaki. Dan semoga artikel yang penulis sertakan ni, boleh dijadikan sebagai panduan dan muhasabah diri, termasuk kepada diri penulis sendiri.

Continue reading ‘Kesilapan kita di bulan Ramadhan?’

Meraikan perjalanan Ramadhan…

•September 7, 2008 • 2 Comments


Apa yang membezakan sebenarnya bulan Ramadhan dengan bulan2 Islam yang lain? Mesti ada kelebihan atau kelainan di dalamnya? Semestinya ganjaran dan pahala yang Allah tawarkan jika kita melipatgandakan amalan kita di bulan tersebut, di samping bulan ini diwajibkan ke atas orang muslim berpuasa seperti firman Allah:

Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (surah al-Baqarah : 183)

Continue reading ‘Meraikan perjalanan Ramadhan…’

Misi Ramadhan : Ibadah!!

•September 6, 2008 • Leave a Comment

Hampir setengah bulan laman web umar-mujahid ini terabai tanpa sebarang penulisan dan input. Sedih gamaknya bila terfikirkan page yang lewat diupdate untuk perkongsian umum. Mungkin ada masalah-masalah teknikal yang tidak dijangka berlaku ditambah lagi dengan masa kelapangan yang agak terhad. Dengan sedikit kelapangan masa di hujung minggu ini, penulis cuba untuk memuatkan sedikit input yang mungkin bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang hari ini telah melepase hari ke-6.

Continue reading ‘Misi Ramadhan : Ibadah!!’

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.