Pembuangan bayi = Zina…


Sudah hampir 2 minggu cerita mengenai kes pembuangan bayi yang melibatkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar kawasan Tronoh, Perak dilaporkan. Sebenarnya penulis tertarik untuk membincangkan mengenai kes tersebut di laman blog ini, tetapi disebabkan kesuntukan masa penulis dengan sikit kerja-kerja luar, tak berkesempatan untuk penulis berbuat demikian. Sikit masa lapang yang ada ni, penulis harap dapat memasukkan sedikit input yang berkaitan. Kes tersebut telah berjaya dilaporkan melalui akhbar The Star yang penulis tidak dapat mengenalpasti tarikhnya (seingat penulis pada awal Ogos lepas). Agak memalukan bilamana kes ini melibatkan seorang pelajar belasan tahun dari IPT tersebut.

Diberitakan, mayat bayi yang masih bertali pusat itu telah dijumpai oleh seorang pembantu penyelia di dalam tong sampah berhampiran tandas wanita di dalam kampus terbabit dan diberitakan juga, bayi tersebut lahir dengan sempurna sifatnya sebelum di buang di dalam tong sampah berhampiran. Hasil siasatan polis, seorang pelajar perempuan berusia lingkungan 18 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.’-Berita-

Gejala buang bayi bukan perkara baru dalam masyarakat kita sebenarnya. Kadang2, lebih dari sekali dalam seminggu kejadian seperti ini dilaporkan di dada akhbar tempatan. Lebih mengejutkan sejak akhir-akhir ini, mangsa atau suspek yang terlibat adalah di kalangan pelajar-pelajar, lebih-lebih lagi pelajar IPT. Bukan satu atau dua kes dilaporkan melibatkan pelajar IPT, tetapi lebih dari itu. Adakah ini salah satu matlamat sesebuah IPT ditubuhkan? Semestinya tidak! Kalau tidak, dimana pula silapnya? Adakah pelajar sekarang sudah tidak mempunyai harga diri atau mereka lebih mementingkan nafsu mereka semata-mata sehingga sanggup menggadaikan maruah diri? Sama-samalah kita menilai persoalan tersebut.

Kalaulah begini situasinya dalam sebuah institusi pendidikan, maka hancurlah kredibiliti dan integriti sebuah kelompok yang boleh dianggap sebagai bakal pemacu kepimpinan sesebuah negara pada masa hadapan. Kita patut sedar akan kejadian2 seperti ini. Ianya bukan melibatkan soal individu, tetapi melibatkan skop yang lebih besar yakni negara kita pada masa hadapan. Maka, pada dasar itulah penulis tergerak memainkan peranan untuk menulis artikel bukan berbentuk nasihat, mungkin lebih untuk berkongsi pendapat dengan pembaca sekalian.

Bagi pelajar-pelajar IPT, isu-isu seperti couple dan dating sangat-sangatlah familiar bagi mereka. Kalau nak tengok orang bercouple pula di sesebuah IPT (lebih-lebih lagi tempat penulis sendiri) diman-mana sahaja boleh dilihat, ia seakan-akan seperti cendawan tumbuh selepas hujan sejak kebelakangan ini. Bagi mereka yang bercouple ini, mereka merasakan seolah-olah bercouple ini adalah perlu bila seseorang pelajar menjejakkan kaki kealam universiti. Salah tanggapan tu!! Bila mereka dah setkan matlamat mereka itu, maka mulalah mereka akan mencari-cari pasangan yang boleh dijadikan tempat bermanja dan bermesra, apatah lagi bila study, kalau boleh nak bersama sepanjang masa, itulah masalah yang kian menular di kebanyakan IPT kita.

Boleh dikatakan itulah faktor dan punca utama kepada masalah sosial, percampuran bebas di kalangan pelajar ini berlaku. Mereka merasakan seolah-olah dunia ini milik mereka dan mereka boleh membuat apa sahaja. Pegangan agama juga diketepikan. Dan apabila telah mencapai tahap yang kritikal dan serius, tidak hairanlah adanya kes-kes zina, khalwat dan sebagainya dilaporkan. Bagaimana ingin mencegahnya??

Kalau mengharapkan pihak pengurusan sesuatu IPT untuk mencari solusi yang sesuai, penulis rasa selalunya tidak dapat layanan yang memuaskan, banyak lagi hal-hal berkaitan universiti yang perlu mereka fikirkan. Maka, orang-orang yang sedar akan kepentingan agama inilah perlu memainkan peranan. Kalau kita rasa itu tanggungjawab kita demi nak menyelamatkan integriti Islam, maka mainkanlah peranan. Berdasarkan hadis nabi Saw, bila adanya sesuatu maksiat yang kelihatan, cegahlah dengan tangan (yakni kuasa), kalau tidak mampu, cegahlah ia dengan lisan (kata-kata dan nasihat) dan jika tak mampu juga, cegahlah dengan hati dan itulah selemah-lemah iman.

Bagi penulis, kalau dilihat, kita memang tidak mempunyai kuasa untuk mencegahnya, memandangkan kita adalah golongan kebanyakan yang tidak mempunyai kuasa. Peranan kita yang penulis lihat terbaik ialah mencegah sesuatu maksiat seperti ini dengan kata-kata larangan dan boleh diselitkan dengan sedikit nasihat. Itu sajalah yang mampu kita lakukan disamping berdoa agar Allah tidak melaknati kita atas kemaksiatan yag berlaku ditempat kita.

Apa yang dikatakan dengan cara memberi kata-kata nasihat ini? Pandangan penulis, bilamana kita melihat adanya adegan-adegan couple yang agak memeranjatkan atau erti kata lain yang agak liar, sepatutnya ditegurlah dengan cara yang berhikmah. Tapi jangan pula kita menunggu mereka berkelakuan liar baru hendak ditegur, cukuplah bila dilihat berdua-duaan tanpa ada apa-apa kepentingan, bolehlah kita berlembut kata dengan mereka. Dan dengan doa moga Allah mencampakkan sikit keinsafan kedalam hati mereka.

Sebenarnya, selain punca couple ni, ada juga faktor-faktor minor lain yang penulis rasakan menjadi punca dalam permasalahan ini. Tetapi penulis rasa cukuplah buat sementara, sebab penulis berpuas hati bilamana masalah couple yang menjadi major factor dalam hal ni, serba sedikit penulis dapat huraikan. Mungkin selepas-selepas ini, insyaAllah penulis boleh berikan sedikit update mengenai hal-hal yang berkaitan seperti hedonisme dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

Secara rumusnya, berdasarkan masalah-masalah yang penulis telah bincang serba sedikit tadi, sedarlah kita bahawa kita ni betul-betul berada dalam lingkungan umat akhir zaman. Penulis ingin memetik satu hadith nabi : Salah satu tanda kiamat ialah, pada akhir zaman nanti perbuatan zina akan bermaharajalela. (HR Bukhari) Maka, dengan sedikit input tadi, bolehlah kita refleks diri kita sejauh mana kedudukan kita disisi Tuhan yang Maha Pencipta. Wallahualam. (umar-mujahid)

~ by umarmujahid on August 13, 2008.

8 Responses to “Pembuangan bayi = Zina…”

  1. SALAM….
    sy amat berstuju bhwa pmbuangan bayi begitu sinonim dengan aktviti couple..
    disebabkan couple, manusia mula mngork lgkah mlkukan perkra yang mlmpaui btas agma dan syriat.
    renungkanlah…

  2. salam…sya amat brstuju dgan pndangan umar al-mujahid bhw kes2 seumpma ini adlah dsbabkan oleh isu2 yg mlbtkan coupling…..
    remja skg sdg dbuai prasaan msg2.

  3. salam.. saya jger amat bersetuju bhawa dengan maslah couple larh yg menyebabkan seseorang blh terlibat dlm gejala yang diharamkan olh org islam.

  4. Salam.. sy sgt bersetuju dgn pndngan umar al-mujahid.. kjadian2 spt ini tlh byk yg kita lht.. rmaja skrg mdh t’pngaruh dgn kata2 mnis llaki..

  5. salam dakwah..mmm.masalah ini mmg susah diselesaikan jika semua pihak tidak bersama-sma menyelesaikan maslah ini..trutama golngan yg plg hmpir iaitu ibu bapa dan kawan.
    jga disbbkn hiburn yg smkin melmpau..

  6. salam…ye sye bstuju dgn pndgn saudari.mmg mslh ini amt ssh dslesaikn jk phk xbsm2 menyelesaikn mslh ini.

  7. salam….. saya setuju dengan pandangan penulis pekara ini tidak arus dibiarkan sahaja….. dan kepada penulis saya mintak izin untuk ambil aktikel ini untuk research assignment saya…

  8. slm sejatera..sy amat bersetuju dgn pandangan tersebut!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: