Nisfu Syaaban – Malam yang Penuh Rahmat…

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban adalah sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu berkata: “Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan pintu langit.”

Di dalam kitab Iq’na juga telah dinyatakan bahawa Jibrail bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibrail kepada Rasullullah S.A.W. kali keduanya, dan berkata: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu. Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.

Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.

1. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

2. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

3. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

4. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

5. Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis kerana takutkan Allah pada malam ini.

6. Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

7. Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu.

8. Dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Aku bertanya pada Jibrail, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) ?
Maka jawab Jibrail: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi, pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab. (Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).

Ibnu Ishaq merawikan dari Anas bin Malik, dia berkata: “Aku disuruh Nabi saw ke rumah Aisyah untuk suatu keperluan. Aku berkata: “Cepatlah aku meninggalkan Nabi saw sedang berbicara kepada seseorang tentang malam Nisfu Syaaban.” Aisyah berkata: “Hai Unais, duduklah! Akan kuceritakan padamu hadis tentang Nisfu Syaaban. Malam itu adalah suatu malam di mana Rasulullah saw sedang memenuhi giliranku. Dia masuk bersamaku, dalam selimutku. Di tengah malam aku terbangun. Tiba-tiba beliau tiada di sisiku. Aku berkata, mungkin beliau pergi kepada jariahnya al-Qibtiyah. Segera aku keluar dan aku melalui masjid. Aku langkahkan kakiku padanya. Temyata beliau berkata: “Aku telah bersujud, hatiku dah beriman, dan inilah kedua tanganku.Wahai Zat Yang Maha Agung, ampunilah seegala dosaku. Mukaku telah bersujud kepada Zat yang menciptakan dan membentuknya, menyebek telinga dan matanya.”

Kemudian beliau mengangkat kepalanya dan kemudian berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki hati yang taqwa dan suci dari syirik dan berbakti, bukan kafir atau celaka.” Kemudian beliau bersujud dan kudengar beliau berkata: “Dengan redha-Mu aku mohon perlindungan dari kemurkaan-Mu, seksaan-Mu dan dengan Engkau daripada Engkau. Tidak boleh aku menghitung puji atas Engkau sebagaimana Engkau memuji atas diri-Mu. Aku berkata sebagaimana saudaraku Daud berkata: Wajahku penuh debu demi Tuhanku. Dan itu telah menjadi hak Tuhanku.

Kemudian beliau mengangkat kepalanya. Lalu aku berkata: “Engkau di suatu jurang dan aku di jurang yang lain.” Beliau berkata: “Wahai Humaira’, tidak tahukah engkau, ini malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan manusia dari neraka sebanyak bilangan bulu kambing. Kecuali enam orang iaitu yang membiasakan minum arak, yang menderhakai kedua orang tuanya, yang membiasakan zina, yang keras kepala, tukang pukul dan tukang fitnah.”

Sabdanya lagi: “Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya.”


Amalan pada malam Nisfu Syaaban

Malam nisfu Syaaban ini perlu dihidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur; Bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala; dan Bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berzikir dan membaca Al Quran beramai-ramai.

Wallahualam… (edited by umar mujahid)

~ by umarmujahid on August 16, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: