Misi Ramadhan : Ibadah!!

Hampir setengah bulan laman web umar-mujahid ini terabai tanpa sebarang penulisan dan input. Sedih gamaknya bila terfikirkan page yang lewat diupdate untuk perkongsian umum. Mungkin ada masalah-masalah teknikal yang tidak dijangka berlaku ditambah lagi dengan masa kelapangan yang agak terhad. Dengan sedikit kelapangan masa di hujung minggu ini, penulis cuba untuk memuatkan sedikit input yang mungkin bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang hari ini telah melepase hari ke-6.

Sudah hampir seminggu bulan Ramadhan berlalu, maka boleh dikatakan penghayatan dan persediaan kita dibulan ini sepatutnya sudah menghampiri pertengahan. Dengan erti kata lain, kita mungkin sudah dapat menyesuaikan dan menyemarakkan dalam diri kita tentang keagungan dan menghayati maksud sepenuhnya bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan begitulah.

Apa yang penulis rasa ingin diketengahkan ialah, biarlah bulan ini menjadi benchmark untuk kita melatih diri kita beribadah dengan lebih tekun dan lebih khusyuk. Mengapa penulis merasakan sedemikian? Jika ingin diikutkan asas puasa di bulan Ramadhan, 3 perkara penting yang perlu kita menitik beratkan. Yang pertama, biasalah, menahan diri dari makan yakni kelaparan. Yang keduanya, dari kehausan. Dua perkara tersebut semungkinnya mudah dilakukan oleh golonga kebanyakan kita. Memang tidak boleh dinafikan.

Tetapi, perkara yang 3 ini yang kadangkala tanpa kita sedari ini, boleh membuatkan ibadah puasa kita ditolak oleh Allah yakni menahan diri dari syahwat (nafsu). Nauzubillah! Apa yang dikatakan menahan diri dari nafsu ini? Semua anggota badan kita boleh dan mudah dikawal oleh nafsu jika akal dan iman kita tidak memainkan peranan. Contohnya, mulut mudah mengumpat jika tidak dikawal, mata mudah melihat benda yang maksiat jika kita tidak elakkan. Mudah saja contohnya. Tetapi, perkara yang semudah inilah, menjadikan kita susah untuk mengawalnya. Sudah tentu. Kerana, bukan mudah untuk menghampiri syurga Ilahi, dan itulah salah satu ujian yang perlu ditempuhi.

Maka, dengan itu, jika kita benar-benar berpuasa kerana Allah, sepatutnya 3 perkara asas itu menjadi kebiasaan bagi diri kita. Memang penulis tahu, bukan mudah untuk dilakukan, tetapi jika ia dilatih, tidak hairan mudah ianya akan sebati dalam diri.

Dulu, kalau nak beribadah,’nantilah, nak makan dulu ni, perut lapar, makruh pulak, kan makan itu salah satu ibadah’.Pandai pula berkata. Tapi dibulan puasa ni, tanpa makan,tanpa minum, banyak masa yang terluang untuk kita sebenarnya. So, dengan kelebihan ganjaran 70 kali ganda bilamana ibadah wajib kita lakukan, dan pahala yang berganda untuk ibadah-ibadah sunat, maka, marilah kita merebut ‘bonus’ yang Allah beri ini. Masa yang terluang, kita banyakkan ibadah-ibadah sunat seperti membaca al-quran, berzikir, menghadiri majlis ilmu, solat malam dan mungkin juga bersedekah. Banyak ganjarannya. Janganlah kita sia-siakan peluang yang ada ini dan mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita, siapa tahu! Allah saja yang tahu.

Maka, selepas hari keenam berpuasa ni, bolehlah kita ‘sedar-sedarkan’ diri kita. Biarlah 5 hari yang lepas, mungkin ibadah kita hanya sempoi-sempoi sahaja, kita mulakan dari hari ini untuk lebih tekun dan istiqamah. Dan beristighfarlah kita untuk perkara-perkara yang dah berlalu.

Lagi satu yang penulis ingin ingatkan, ibadah-ibadah yang kita lakukan ni, biarlah istiqamah yakni berterusan. ‘Fitness’ ibadah kita hendaklah kita jaga, supaya ianya berterusan sehingga ke penghujung Ramadhan. Mengapa penulis mengatakan sedemikian, kerana kebanyakan kita, semangatnya hanya dipermulaan dan pertengahan, dan ‘mood’ nya hilang bila tiba di pengakhiran, sepertimana di kebanyakan masjid-masjid ketika berterawih, pada awalnya, masyaAllah, terlampau ramai sehingga tertukar-tukar selipar, tetapi, bila tiba di pengakhiran, selipar dimasjid pun boleh dikira. Mudah-mudahan kita tidak begitu.

Rumusannya, Ramadhan, bulan yang patut kita jadikan sebagai bulan marathon ibadah. Di mana, Allah bukakan pintu syurga untuk kita dan menutup pintu neraka hanya bersempena dengan bulan Ramadhan. Maka perbanyakkan ibadah kita, seboleh-bolehnya, maksimumkan untuk kita mengaut segala ‘keuntungan’ yang Allah tawarkan ini. Wallahualam. Umar Mujahid..

Ramadhan..Datangmu dinanti..pergimu ditangisi..Ramadhan hadapan belum tentu milik kita..” SELAMAT BERPUASA…

~ by umarmujahid on September 6, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: