Amal Makruf Nahi Munkar : Wajib keatas setiap individu Muslim.

“Aku bukannya baik pun nak tegur orang”, “Ala, biarkanlah dia, itu dia punye pasal la, buat ape kita nak menyibuk”….

Bila nak mengajak member kita untuk menegur rakan-rakan lain yang berkelakuan tak sopan atau mengajak utk melakukan kebaikan, kebiasaanye itula response yang kita dapat. Lagi teruk bila mereka ni hanya mengendahkan dengan berkata “kubur dia, kubur dia la, kita kan kubur lain, hehe..” di sambut pula dengan gelak ketawa. Panas juga bila member sendiri jawab camtu. Bersabar je…

Nak tak nak, kita jela sahabat-sahabat yang sikit sedar meneruskan tanggungjawab sebagai seorang individu muslim untuk mengajak sahabat-sahabat muslim lain dari meniggalkan kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 110 telah menunjukkan bahawa tugas amal makruf dan nahi mungkar ni adalah wajib sepertimana wajibnya ibadah-ibadah fardhu yang lain, sedarkah kita? Bermakna ertinya, bila kita meninggalkan tugas amal makruf nahi mnkar ni, dosanya setimpal seperti dosa seorang yang meninggalkan berpuasa dan bersolat selagi dia tahu hukum tanggungjawab ini adalah wajib.nauzubillah…

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(Surah Al-Imran:110)

Dalil diatas jelas menerangkan tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim terhadap sahabat2 muslim yang lain. Mungkin kadangkala sahabat2 kita terleka, maka wajarlah kita mengingatkan mereka dan menarik mereka semula pada jalan yang sebetulnya. Takkan la kita nak membiarkan sahaja mereka leka dengan dunia kemaksiatan dan terjurus ke lembah kehinaan. Mana konsep ukhwah kita dalam persahabatan menurut firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang menyatakan bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Mana tanda persaudaraan kita?

Secara logiknya pun sebenarnya betul. Kita rakan seIslam, seakidah sendiri tak nak memperbetul sahabat-sahabat kita, siapa lagi yang nak perbetulkan. Tak kan nak harapkan Ah Meng atau rakan-rakan non-Muslim yang lain, yang tak berpegang pada al-Quran dan As-Sunnah untuk menegur golongan-golongan yang tercicir dari kalangan kita tu. Dimana kredibiliti kita sebagai seorang muslim yang dikatakan mengamalkan konsep seorang muslim sebenar, yang sejati. Berfikirlah sahabat ye.

Pernah satu ketika, seorang non-Muslim yang dirahsiakan agamanya, menanyakan kepada penulis mengenai isu berdua-duaan antara laki dan perempuan dikalangan orang Islam. Apa yang nak dijawab? Seorang non-Muslim bertanyakan kita mengenai isu-isu sedemikian. Sangsi dibuatnya. Penulis hanya dapat berpegang dan cuba menegakkan prinsip Islam tu sendiri dengan mengatakan memang Islam tidak membenarkan couple, kerana takut berlakunya penzinaan dan sebagainya, dan mencari sedikit helah dengan mengatakan, biasalah kadangkala buah yang masak diatas pokok tu tak semuanya baik, ada juga sebahagiaanya yang busuk. Kiranya tak semuala orang Islam tu sempurna, ada ‘sikit’ golongan yang mungkin kurang sempurna. Yang busuk tu tak semua bahagian nya busuk, mungkin kita boleh perlahan-lahan memperbaiki kekurangan tersebut. Nasihat penulis untuk sahabat yang mungkin berhadapan dengan situasi sedemikian, berpeganglah prinsip agama, jangan menjual agama untuk menjaga air muka sendiri.nauzubillah..Dan berhikmah lah dalam berinteraksi, moga-moga mereka ni tertarik dengan Islam. InsyaAllah.

Penulis nak response sedikit pada rakan-rakan yang mungkin kurang pengetahuannya mengenai tangungjawab sebenar sebagai seorang individu muslim, yang biasanya akan cuba lari bila kita membahaskan bahawa menegur saudara seislam lain yang melakukan kemungkaran adalah wajib selagi nyawa kita dikandung badan. Jawapan seperti ‘aku bukannya baik sangat nak tegur orang’ tersangatlah biasa didengari. Nasihat penulis, memang tak de orang kat dunia ni yang baik dan sempurna selagi dia tiada sifat maksum seperti seorang nabi, so label ‘baik’ tu kurang sesuai digunakan. Takkan kita nak jadi ustaz, ustazah baru boleh menegur orang membuat jahat. Salah konsep tu. Konsep yang sebenar, selagi kita tahu sesuatu tu salah dari sudut syarak,hendaklah kita menegurnya, kerana kita dikategorikan sebagai orang ‘alim’ yakni orang yang ‘mengetahui’ tentang sesuatu.

Susah juga bila orang yang ditegur tu menjawab ‘Engkau pun bukan baik sangat nak tegur aku’. Pening juga kepala bila begitu dijawabnya. Bagi penulis cukup lah sekadar menjawab ‘sebab aku sayang kat engkaulah aku tegur, kalau tak aku biarkan je’. Memang penulis rasa amatlah susah untuk melafazkan sedemikian, tetapi cubalah. InsyaAllah dengan niat kerana Allah, Allah akan beri kekuatan dan insyaAllah lama kelamaan ia akan membuatkan sahabat tadi berfikir sejenak apa yang telah dikatakan, menusuk kalbu…

Cukuplah sekadar tu, dan kesimpulannya, wajib hukumnya tanggungjawab sebagai seorang individu muslim menegur dan memikul tugas amal makruf dan nahi munkar ini. Memang agak kekok mulanya tapi insyaAllah jika niat kita ikhlas semata-mata mengharap redha Ilahi semata-mata, insyaAllah Dia tidak akan membiarkan hambanya berseorangan di dalam kesusahan. Percayailah dan akuilah tentang janji Allah itu. Wallahualam.. (Umar-mujahid)

~ by umarmujahid on September 15, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: